Pinjaman Tunai dan Pembiayaan Peribadi

Pinjaman Tunai dan Pembiayaan Peribadi Untuk Pekerja Swasta

Frequently Asked Questions ( FAQ )

 

  Frequently Asked Questions  ( FAQ )

Soalan Lazim
 
 
 
Q : Bagaimana untuk saya memohon Pinjaman Tunai atau Pembiayaan Peribadi ini.?
A : Jika anda bekerja atau menetap di luar kawasan K.Lumpur / Selangor, anda boleh memohon secara on-line dan dengan menghantar  dokumen anda yang kami perlukan melalui POSLAJU atau kunjungi IbuPejabat kami dengan menghubungi kami untuk temujanji.
 
 
Q : Berapakah jumlah pinjaman yang layak saya mohon.?
A : Jumlah pinjaman tunai yang diluluskan adalah bergantung kepada keperluan anda dan kriteria kelulusan kami. Untuk segmen pinjaman peribadi yang dibiayai oleh syarikat kami, jumlah maksima adalah RM10,000 bagi anda yang telah menjadi pelanggan VIP kami. Untuk memastikan anda adalah pengguna kredit yang berdisiplin, pihak kami hanya akan meluluskan pinjaman sebanyak 2 kali ganda gaji bersih anda atau maksima RM5,000 untuk pembiayaan yang pertama yang anda mohon ( Jika anda telah bekerja melebihi setahun ). Bagi PESARA pula layak memohon sehingga 5 kali ganda dari jumlah pencen bulanan yang diterima. Untuk mengetahui status kelayakan, anda juga boleh berbincang terus dengan perunding kewangan kami.
 
 
Q : Berapa lama proses untuk meluluskan pinjaman saya.? 
A : Bertungkus lumus untuk memastikan proses memperolehi kemudahan pinjaman kami berjalan dengan lancar dan mudah adalah motto kami. Lazimnya kami akan memproses dan meluluskan pinjaman anda didalam tempoh 24 jam secara efisien.
 
 
Q : Bagaimana saya ingin mengambil atau mengeluarkan wang pinjaman yang telah diluluskan.?
A : Syarikat kami akan mendepositkan secara wang tunai terus kedalam akaun bank pilihan anda atau anda juga boleh mengambil wang tunai tersebut di pejabat kami.
 
 
Q ; Adakah kadar faedah yang di tawarkan amat kompetitif.?
A : Ya, walaupun kami mempunyai kadar yang telah ditetapkan tetapi masih fleksibel. Semuanya bergantung kepada jumlah pinjaman, tempoh bayaran, kredibiliti anda dan sebagainya. Malah kadar kami adalah yang terendah  dengan syarat permohonan yang mudah JIKA DIBANDINGKAN dengan syarikat lain.
 
 
Q : Adakah pinjaman kewangan yang saya mohon ini memerlukan Penjamin atau Cagaran Harta Benda.?
A : Tidak, pihak kami amat memahami masalah anda. Oleh kerana itu TIDAK ADA PENJAMIN atau CAGARAN yang diwajibkan.
 
 
Q : Adakah saya layak memohon pinjaman ini walaupun saya telah di SENARAIHITAM oleh Pihak Bank, Syarikat Kewangan dan lain - lain.?
A : Ya, anda masih layak memohon kemudahan pinjaman yang kami sediakan TANPA PERLU menyelesaikan sebarang bayaran tersebut.  
 
 
Q : Adakah layak memohon kemudahan pembiayaan peribadi ini jika saya seorang Pelajar IPTS, Penganggur, Bekerja Sendiri atau Peniaga.?
A : Tidak, pihak kami hanya menyediakan kemudahan pinjaman ini kepada kakitangan yang bekerja dengan majikan yang membayar gaji anda melalui bank autopay credit salary sahaja.
 
 
Q : Adakah semua maklumat tentang diri saya akan di rahsiakan.?
A : Ya, maklumat dan butir - butir anda TIDAK AKAN didedahkan kepada pihak ketiga. Kami berjanji akan melindungi dan mementingkan semua maklumat anda sentiasa di rahsiakan sepenuhnya.
 
 
Q : Adakah syarikat ini mempunyai lesen dan beroperasi secara sah.?
A : Ya, kami beroperasi secara sah untuk menyediakan pinjaman tunai ini kepada orang awam. Syarikat kami juga mempunyai lesen dan berdaftar dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dibawah Akta Pemberi Pinjaman 1951.
 
 
Q : Apakah kelebihan dan keistimewaan pembiayaan peribadi melalui syarikat ini.?
A : Banyak kelebihan kami, diantaranya selepas anda menjadi pelanggan VIP kami dan jika anda ingin membuat overlap atau pinjaman semula, anda boleh membuat bayaran melalui arahan tetap bank  atau potongan gaji melalui majikan. Manakala tempoh pembayaran di lanjutkan sehingga 48 bulan dengan kadar keuntungan yang lebih rendah.
 
 
Q : Bagaimana jika berlaku musibah keatas diri saya.?
A : Jangan risau... Polisi insurans yang disertakan secara automatik dengan Pembiayaan Peribadi kami akan melindungi anda , sekiranya berlaku kematian atau hilang keupayaan kekal disebabkan penyakit kritikal atau kemalangan maut keatas diri anda. Perlindungan 24 jam ini untuk memastikan keluarga anda TIDAK menanggung beban bayaran balik.
 
 
Q : Bolehkah saya memohon pakej pinjaman tunai yang lain.?
A : Ya, pihak kami juga boleh membantu menguruskan permohonan anda bagi pinjaman yang disediakan dari pihak Bank dan Koperasi TETAPI perkhidmatan yang kami sediakan amat terhad. Diharap anda sentiasa menghubungi perunding kewangan kami untuk mendapat maklumat terkini.
 
 
Q : Jika saya berjaya memohon kemudahan kewangan disyarikat ini, bolehkah saya menjadi introducer / wakil pemasaran ditempat saya bekerja.?
A : Ya, kami sentiasa mengalu - alukan kepada anda atau sesiapa sahaja yang berminat menjadi introducer / wakil pemasaran dengan syarikat kami. Selain anda mendapat komisen & lain - lain insentif yang lumayan, anda juga TIDAK menanggung risiko atau menjadi penjamin kepada orang yang anda kenalkan kepada kami.
 
                                                                                  

 

 

" Anda Telah Mengetahui Cara Yang Mudah , Cepat dan Berkesan untuk Memohon Pinjaman Tunai dan Pembiayaan Peribadi Yang Kami Sediakan.

 Jika Ada Lain - Lain Pertanyaan Lagi, Sila Hubungi En Shah atau Perunding Kewangan Kami. "

 

-  Salam Hormat Dari Saya  En Shah, Hubungi Saya di  016 - 3942020

 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



 

   SEKIRANYA ANDA ATAU RAKAN - RAKAN ANDA DILANDA MASALAH KEWANGAN DAN SUDAH TIADA TEMPAT HENDAK DITUJU, INGATLAH...KAMI SENTIASA BERSEDIA MEMBANTU.              If Bank Does Not Approve Your Loan, WE APPROVE...!!!            Let Us Solve Your Financial Problem...!!                 Call / Sms 016 - 3942020 Mr Shah
 
 
 
 
 

Maklumat Tentang CTOS



CTOS - Credit Tip Off Service


Apa yang saya ingin bincangkan di sini ialah tentang apa itu CTOS, dan apa kaitannya dengan syarat kelulusan pinjaman?


Dalam satu-satu proses meluluskan pinjaman, pihak bank atau syarikat pinjaman berlesen biasanya akan melihat beberapa sistem untuk menilai kedudukan kewangan pemohon selain untuk mengetahui jumlah komitmen/pinjaman kewangan yang ditanggung oleh pemohon. Antaranya adalah CTOS.


CTOS adalah singkatan dari Credit Tip Off Service Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat persendirian yang memberi kemudahan maklumat kewangan seseorang individu kepada pihak yang berminat, biasanya pihak bank dan syarikat pinjaman berlesen. Maklumat kewangan yang dimaksudkan di sini bukan bermaksud berapa jumlah wang simpanan seseorang individu itu ada tetapi lebih kepada situasi kedudukan kewangannya.


Terdapat 4 seksyen di dalam CTOS iaitu:-


Seksyen A - Nama Dan No. Kad Pengenalan Individu; yang mana memaparkan nama penuh dan no. kad pengenalan pemohon,


Seksyen B - Maklumat Perniagaan Individu; memaparkan syarikat yang dimiliki pemohon sama ada beliau sebagai pemilik tunggal, ahli kongsi, pengarah syarikat mahupun pemegang syer,


Seksyen C - Maklumat Saman dan Muflis; memaparkan maklumat sekiranya nama pemohon pernah disaman, status samannya (jika ada), muflis dan sebagainya - yang mana bermaksud sekiranya nama pemohon tersenarai maka dia bukanlah seorang yang kukuh dari segi kewangan atau dalam bahasa mudahnya ‘blacklist’ (mungkin satu masa dahulu; bukan sekarang atau juga mungkin dahulu; dan masih lagi sekarang ini), dan


Seksyen D - Rujukan Lain; yang mana biasanya ruangan ini memaparkan pinjaman yang dibuat oleh pemohon dari syarikat-syarikat yang lain yang melibatkan bayaran ansuran seperti motosikal, barangan elektrik, alat bantu belajar bahasa dan perabot rumah.


Jadi, secara ringkasnya CTOS hanya merupakan salah satu sistem rujukan yang digunakan untuk menilai sama ada nama anda sebagai pemohon ada disenaraihitam atau tidak, maklumat perniagaan berkaitan anda dan lain-lain bayaran ansuran yang sedang ditanggung.



Maklumat lanjut sila layari

http://www.ctos.com.my


Maklumat Tentang CCRIS

Selain CTOS yang telah diterangkan sebelum ini. Yang memberikan maklumat terperinci tentang maklumat seseorang pelanggan ialah CCRIS.


Apa itu CCRIS? CCRIS atau Central Credit Reference Information System iaitu Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat ialah satu sistem pangkalan data berkomputer untuk mengutip, memproses, menyimpan dan menghasilkan maklumat kredit seseorang. Ia dikawal selia oleh Biro Kredit di bawah naungan Bank Negara Malaysia. Apabila seseorang individu atau syarikat membuat pinjaman dari mana-mana bank, maklumat pinjaman tersebut akan dikutip oleh Biro Kredit dan dimasukkan ke dalam laporan CCRIS ini. Di dalam laporan CCRIS terdapat 3 bahagian utama iaitu Laporan Ringkas Kredit, Laporan Kredit Terperinci dan Laporan Kredit Tambahan.


Laporan Ringkas Kredit terdapat 3 pecahan iaitu yang pertama menyatakan permohonan kredit yang dipohon sama ada yang telah diluluskan dalam tempoh 12 bulan sebelumnya dan yang masih dalam pertimbangan pihak bank. Pecahan kedua pula menyatakan liabiliti semasa yang ditanggung yang meliputi jumlah baki pinjaman dan jumlah had yang diberikan tidak kira sebagai peminjam dan penjamin. Pecahan terakhir pula menyatakan sekiranya ada tindakan undang-undang yang dikenakan. Jadi sekiranya anda disenarai hitam, dengan hanya melihat pada bahagian pertama laporan CCRIS sahaja pihak bank sudah boleh tahu status diri anda.


Laporan Kredit Terperinci adalah bahagian yang terpenting yang memberi gambaran terperinci dan menyeluruh tentang setiap satu pinjaman yang yang diperolehi oleh pelanggan sama ada untuk dirinya sendiri, secara bersama bagi akaun bersama, sebagai pemilik  bagi perniagaan tunggal dan sebagai rakan kongsi bagi perniagaan perkongsian atau badan profesional berserta corak pembayaran untuk satu-satu pinjaman tersebut selama 12 bulan sebelumnya. Ini bermaksud sekiranya anda mempunyai pinjaman kenderaan, di sini ditunjukkan pada bulan berapa bayaran kenderaan ada tertunggak dan berapa bulan tunggakan tersebut untuk tempoh 12 bulan yang lalu. Bukan sahaja untuk pinjaman kenderaan sahaja, juga ditunjukkan di sini ialah pinjaman berjangka yang lain seperti rumah, kad kredit, overdraf, pinjaman peribadi, belian barang elektrik atau perabot secara ansuran, pemajakan, resit amanah, belian cek luar, pemfaktoran, belian bil-bil domestik dan lain-lain. Selain menunjukkan jenis pinjaman dan corak bayaran, butiran lain seperti tarikh pinjaman, status, kapasiti, jenis institusi yang memberi pinjaman, jumlah belum jelas, tarikh baki dikemaskini, tempoh pembayaran balik prinsipal, jenis cagaran, status undang-undang dan tarikh status dikemaskini turut dipaparkan di halaman ini. Apa maksudnya? Sekiranya 10 bulan lalu kereta anda tertunggak 3 bulan, walaupun sekarang ini anda telah ‘update’ dan tiada tunggakan, pihak bank tetap akan tahu perkara tersebut. Oleh itu tidak ada gunanya untuk berselindung.


Laporan Kredit Tambahan adalah merupakan bahagian terakhir dalam laporan CCRIS. Walaupun yang terakhir ia tidak kurang penting terutamanya kepada pihak pemberi pinjaman kerana di sinilah dinyatakan alamat-alamat yang pernah diduduki oleh pelanggan sama ada alamat rumah atau syarikat, nombor-nombor telefon tidak kira telefon rumah, pejabat ataupun telefon bimbit yang pernah atau masih digunakan oleh pelanggan dan juga maklumat pekerjaan pelanggan meliputi jawatan dan nama syarikat tempat pelanggan bekerja dulu dan kini. Jadi, jangan terkejut sekiranya pegawai bank boleh menyatakan dengan tepat sejarah tempat tinggal, nombor telefon dan perkerjaan anda ketika anda membuat pinjaman dengan pihak bank. Dan nasihat saya, jangan cuba memberi maklumat palsu kepada pihak bank dalam apa-apa permohonan pinjaman kerana maklumat diri anda di hujung jari mereka dengan adanya laporan CCRIS ini.


Untuk Mendapat Maklumat Ccris Anda, sila layari

http://www.ccris.com.my

http://www.bnm.gov.my

 

Komen dari FOMCA

Sila Klik pada title dibawah

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia

ERA.Fm


Permohonan Secara POS


Utk pemohon yang berada jauh. Urusan penghantaran borang dan segala dokumen adalah menggunakan Pos Ekspress - Dijamin Sampai Esok. Kalau hari ni tak sampai, esok mesti sampai! Sila rujuk pada helaian sisipan Pos Ekspress utk kawasan penerimaan yang lebih dari sehari.Mudah, Murah dan Cepat. Terima Kasih Abg Posmen



Hantarkan Permohonan Anda Melalui POSLAJU / POS EXPRESS kepada IbuPejabat kami ke alamat berikut :-

 

MAX PAY CAPITAL SDN BHD

MAX PAY HOLDINGS (M) SDN BHD

NO. 23 B, Tingkat 2,

Lorong Batu 3, 41300 Klang,

Selangor Darul Ehsan.

U/P : Encik Shah dan Cik Nor


Peta Lokasi Kami adalah belon A. Sila Tekan Tanda + disebelah kiri utk besarkan peta

Minat Cari Peluang Tambah Pendapatan.? Klik Banner Ini


Jana Pendapatan Sekarang!

Jom Join FaceBook Kami

Translation languages


.


.

...


...

Create a free website at Webs.com